Sunday, 30 October 2011



GAMBAR INI MENUNJUKKAN PERSAHABATAN AKU DAN KAWAN-KAWAN AKU


Saya mempunyai 7 orang sahabat baik. Mereka merupakan anak tunggal dan biasalah, semua permintaan seorang anak tunggal akan dipenuhi keluarga. keluarganya. Keluarga dia amat baik dan sangat menghormati orang lain. Kami mula mengenali sesama sendiri sewaktu darjah 4. Kami bergelak ketawa bersama-sama, berjalan ke mana sahaja bersama-sama, pendek kata semuanya kami lakukan bersama-sama. Namun semuanya berubah di awal persekolahan darjah 6.
         Pada tahun saya perlu menghadapi UPSR, kedua-dua sahabat saya masih baik dengan saya. Namun, tidak sebaik dulu. Hubungan kami sedikit renggang setelah ada kawan sekelas yang cuba merampas status 'sahabat baik' daripada kedua-dua kawan saya ini. Ada yang cuba memburukkan nama saya di hadapan kedua-dua sahabat baik saya. Namun, kenangan sebagai sahabat baik membuatkan kami terus kekal mejadi rakan. Oleh sebab itu juga, saya menggangap dugaan sewaktu hampir UPSR ini merupakan kunci bagi kecemerlangan diri.
         Hasilnya, saya telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A bersama kedua-dua sahabat baik saya dan rakan sekelas yanng selalu memburukkan nama saya pula mendapat markah rendah, namun itu semua tidak penting. Yang penting, saya berpuas hati dengan hasil usaha saya selama ini.
         Setelah memasuki alam sekolah menengah, dugaan yang besar datang kembali. Kedua-dua sahabat saya berjaya memasuki sekolah kluster dan cemerlang. Saya pula terpaksa berusaha dengan memohon ke sekolah itu. Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya saya berjaya memasuki sekolah itu. Namun, sahabat baik saya pula yang berubah. Masing-masing sudah mempunyai rakan baik yang baru. Kadangkala, saya termenung mengenangkan nasib saya. Akhirnya saya bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan membiarkan semua kenangan bersama sahabat baik saya itu berlalu.
         Setelah berada di tingkatan 2, dugaan datang menjelma lebih dari yang dulu. Saya rasa cerita dia terlalu panjang, penat pulak, okeyh, bye2...

1 comment: