Saturday, 22 October 2011

INILAH ADIK2 KU YANG TERSAYANG


Saya berasa begitu bangga terhadap keputusan adik saya yang cemerlang.Ibubapa saya telah menghadiahkan abang saya sebuah basikal yang bewarna hitam dan biru.Adik saya berasa sungguh gembira.
    Setiap petang,adik saya akan berbasikal dengan rakan-rakannya manakala saya akan bermain dengan rakan-rakan saya di taman permainan.Adik saya memang pandai berbasikal dan dia sungguh pantas.
    Pada suatu hari,seorang budak lelaki mencabar adik saya untuk berlumba basikal dengannya.Adik saya menerima cabaran budak lelaki itu dengan lapang dada.Mereka akan berlawan di padang sekolah.
    Pada petang itu,rakan-rakan adik saya dan saya datang untuk menyaksikan perlawanan tersebut.Saya memberikan sokongan kepada adik saya.Adik saya dengan begitu fokus akan berlawan dengannya.
    Dia berlatih bermain basikal dengan begitu khusyuk.Adik saya bermain dengan begitu adil.Kami sebagai orang dewasa hendaklah melihat jika mereka bermain dengan adil ataupun dengan tidak adil.
    Apabila perlawan dimulakan,adik saya menunggang basikal dengan perlahan dan budak lelaki itu meluncur ke hadapannya.Mereka hendak ke garisan penamat.Sebelum mereka tiba di garisan penamat,adik saya menunggang dengan begitu laju dan membiarkan budak lelaki itu di belakangnya.
    Adik saya telah berjaya memenangi tempat pertama.Budak lelaki itu dengan perasaan malu telah pergi dari tempat tersebut.Rakan-rakan adik saya mengucapkan tahniah kepadanya kerana dia telah berjaya.
    Saya berasa bangga kerana adik saya mempunyai strategi yang kuat dan dia sangat bijak memilih pandangan.Tahniah,adikku!





No comments:

Post a Comment